Generasi pertama (2003-2011) Toyota Avanza

First generation
Maklumat
Pengeluaran2003-2011
Enjin
Jarak roda2,655 mm (104.5 in)
Panjang4,120 mm (162.2 in)
Lebar1,630 mm (64.2 in)
Tinggi1,695 mm (66.7 in)

Toyota Avanza ialah MPV lima-pintu berbentangan FR yang ditawarkan melalui dua jenis enjin gasolin:

  • enjin 1.3-liter dengan output maksimum sebanyak 67 kW (92 PS) pada 6,000 rpm; dan
  • enjin 1.5-liter yang menghasilkan 80 kW (109 PS) pada 6,000 rpm.

Sebuah versi khas yang dihadkan kepada hanya 200 unit dilancarkan pada akhir 2004. Edisi ini menggunakan unit VVT-i yang lebih berkuasa dan dilengkapkan dengan penghantaran automatik.

Toyota Avanza kemudian digayakan semula pada sekitar akhir suku tahun 2006 yang ketiga. Model New Avanza S 2006 ini menonjolkan gril, bampar, dan lampu depan-belakang yang baharu,[3] selain daripada enjin gasolin VVT-iDOHC 16-injap 1.5-liter (serupa dengan Toyota Rush) yang juga baharu, bersama-sama dengan sistem brek ABS yang baharu.

Di Malaysia, Avanza disediakan dengan penghantaran automatik untuk model 1.5G dan kedua-dua penghantaran automatik dan manual untuk model 1.3E. Sebaliknya, di Filipina, Avanza telah ditawarkan sejak 2006 dengan dua julat yang murah:

  • barisan 'J' dengan enjin 1.3-liter: Model ini yang hanya ditawarkan dengan penghantaran manual tidak mempunyai sebarang tingkap kuasa atau kunci pintu kuasa;
  • barisan 'G' dengan enjin 1.5-liter: Model ini yang mempunyai kedua-dua tingkap kuasa dan kunci pintu kuasa ditawarkan dengan penghantaran manual 5-kelajuan serta penghantaran automatik 4-kelajuan.

Pada 2008, barisan J disediakan tanpa barisan tempat duduk yang ketiga. Penggunaannya sebagai teksi bermeter amat popular, walaupun ia seringnya salah dianggap sebagai kenderaan penumpang hujung ke hujung seperti pendahulunya, Tamaraw FX (Kijang) dan Revo.

Pada 2008 juga, Toyota Avanza dikemaskinikan dengan siling baharu yang mengandungi alur untuk memperbaik aliran udara ke belakang serta skim warna dalaman yang baharu.[4]


Rujukan

WikiPedia: Toyota Avanza http://www.xenia.cn/ http://avanzamalaysia.com/site/ http://www.daihatsu.com/news/n2003/03121101/ http://www.daihatsu.com/news/n2006/06071201/ http://www.daihatsu.com/news/n2007/07062101/index_... http://www.daihatsu.astra.co.id/Our%20Product/Xeni... http://www.dealermobiltoyota.co.id/harga-mobil-toy... http://www.toyota.com.mx/modelos_specs/avanza/inte... http://paultan.org/archives/2008/10/14/toyota-give... http://www.toyota.com.ph/cars/new_cars/avanza_tmp_...